Sambil memegang perut Shahida, Fasha turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut di atas lakonan mereka di dalam filem Badang The Movie.

“Tahniah sahabatku, DS Aliff dan Shahida keduanya bagus dalam #badangthemovie. Tahniah,” tulis ringkas.

Walaupun tiada kenyataan rasmi dari pihak Aliff sendiri, rata-rata pengikut Fasha tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Sementara itu pasangan suami ister tersebut sudah mempunyai tiga orang anak, iaitu Ammar, Qadejah dan Ibraheem. Mereka turut mempunyai dua anak angkat iaitu Ameena dan Qayyum.

Dalam masa yang sama Shahida juga turut menjadi tumpuan apabila muzik video Abang Nak Tegur nyanyian suaminya dan Nur Sajat turut menampilkan dirinya dalam muzik video terbaharu.

Menurut Aliff dia membuat muzik video kedua itu bagi memenuhi permintaan pengikutnya di laman Instagram yang rata-rata memberi amaran untuk tidak menyokong muzik video pertamanya bersama Nur Sajat yang menjalani penggambaran di Sepanyol.- UTUSAN ONLINE