Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Alicia Amin kalis kontroversi

PANAS! Itu yang melingkari kehidupan dunia seni dan peragaannya saat ini, ketika model tinggi lampai kacukan Melayu-Jerman bernama Alicia Amin ini mula mencuri perhatian khalayak tempatan.

KUALA LUMPUR, 7 September 2017 - Fotografi bersama Alicia di studio
 

Ada beberapa perkara yang menyebabkan namanya menjadi bualan. Antara yang paling hangat tentunya keberaniannya menjayakan sebuah fotografi pakaian dalam jenama antarabangsa ketika menjadi model di luar negara lebih setahun yang lalu.

Selain itu beberapa kenyataannya di laman sosial miliknya juga mengundang komen keras, kecaman dan kutukan netizen.

Namun tidak dinafikan, kanvas seninya yang masih menghijau itu mampu tumbuh subur dengan bakat serta kecantikan yang dimiliki. Dia hadir dengan pakej lengkap seorang anak seni.

Mula dikenali menerusi pembabitan dalam program realiti pencarian model Asia’s Next Top Model pusingan kelima, menggapai impian dalam dunia seni dengan sebegitu banyak halangan kerana sikap keterbukaannya tidak pernah melemahkan semangat anak kelahiran Johor ini.

Setiap aura negatif yang dilemparkan kepadanya tidak berbekas di jiwa. Dia kalis dengan setiap komen pedas dan kritikan netizen kerana baginya, dia seorang yang realistik.

Malah ketika dirinya dituduh sengaja memuat naik foto-foto beraninya sebagai jalan pintas untuk pantas dikenali dan meraih populariti apabila mula menceburi bidang seni, dia bingkas menepis kenyataan
 itu.

Baginya, langkah pertama dalam dunia seni lakon menerusi drama Meh Sandar Lagi arahan Kyoll Hamzah yang baru selesai tayangan Khamis lalu tiada kena mengena dengan penyebaran gambar-gambar tersebut sebaliknya diberi peluang mendukung watak Dr. Sandra umpama berlian yang tidak ternilai buat dirinya sebagai orang baharu.

Mengakui bukan tidak terkesan dengan kata-kata netizen namun gadis muda berwajah eksotik berusia 22 tahun ini sentiasa menyematkan sikap optimis serta berfikiran positif. Paling utama katanya, tidak menoleh ke belakang.

“Kita tak boleh memuaskan hati semua orang,” demikian katanya kepada Mega HITS mengenai dirinya yang kini terus-terusan menjadi bahan bualan hangat netizen.

Malah dia beranggapan, menyertai dunia peragaan pada usia yang begitu muda sewaktu berumur 15 tahun membuatkan pemikirannya cepat matang dalam menghadapi situasi begini.

“Saya ada beberapa orang teman rapat yang sentiasa ada apabila diperlukan.

“Kalau mereka menegur, itu kerana mereka ambil berat terhadap diri saya dan jika mereka memuji, bukanlah disebabkan menginginkan sesuatu daripada saya.

“Apabila teruk dikutuk oleh netizen, ya, secara jujurnya saya sedih kerana ada orang seperti itu di laman sosial dan mungkin juga berlaku kepada orang lain, tidak hanya kepada saya seorang,” katanya.

Waima teruk dihentam dan dilemparkan dengan kata-kata nista oleh netizen dan laman sosial miliknya turut menjadi medan wira papan kekunci melampiaskan amarah dan meninggalkan komen negatif serta keagamaan, perkara itu sedikit pun tidak meninggalkan kudis buat Alicia atau Raja Alicia Raja Amin ini.

Malah katanya, dia tidak langsung membaca kecaman dan kutukan itu namun yang membimbangkannya andai netizen turut ‘menyerang’ ahli keluarga yang disayangi.

“Hanya disebabkan mereka ada hak untuk melontarkan pendapat dan berada di hadapan skrin komputer serta meninggalkan komen sebegitu, mereka fikir mereka boleh berkata apa saja? Itu sangat tidak adil dan amat mengecewakan saya.

“Saya jenis yang tak kisah kalau nak ditegur tetapi bukan dengan cara memaki hamun. Komen di Instagram saya penuh dengan kata-kata kutukan dan kejian yang saya tidak baca (pun).

“Apabila isu ini tersebar luas di Internet dan (saya) langsung tak ambil 
kisah cuma timbul kebimbangan jika netizen akan ‘menyerang’ laman sosial ahli keluarga,” katanya.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan