Alhamdulillah, saya OK Jalaluddin Hassan

Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan sudah mampu untuk menjalani rutin harian seperti biasa selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat sesak nafas kelmarin.

Bagaimanapun, pelakon filem Desolusi itu masih lagi ditahan di hospital dan menunggu keputusan pemeriksaan doktor mengenai masalah sesak nafas yang dialami ketika pulang daripada menjadi tetamu program bual bicara Assalammualaikum baru-baru ini.