Terkenal menerusi lagu I Built A Friend, dia yang juga seorang komposer itu dijangka bakal mempersembahkan sebuah lagu baharu ciptaannya sendiri berjudul Let Me Down Slowly.

Terdahulu, nama Alec mula dikenali setelah dia memuat naik lagu-lagu nyanyian dan gubahannya sendiri ke laman video YouTube pada setiap dua minggu tanpa bergantung dengan mana-mana label atau syarikat rakaman.

Berkat kesabaran, sikap “Do It Yourself” (DIY) yang diperkenalkannya dalam tempoh kurang setahun itu akhirnya dihidu syarikat rakaman terkemuka antarabangsa, Warner Music yang melamarnya menjadi penyanyi di bawah label berkenaan.

Final BS 2018 menawarkan hadiah wang tunai berupa RM100,000 dan bakal direbut oleh lima orang finalis iaitu Syafiq Farhain, Sarah Suhairi, Baby Shima, Wani Kayrie dan Afieq Shazwan. - UTUSAN ONLINE