Katanya, ketika kejadian itu dia sedang bersiap sedia untuk membuat persembahan konsert Dua Diva yang berlansung di Singapura Julai lalu.

“Tiga jam sebelum konsert bermula saya alami pendarahan, memang ketika itu saya takut sangat. Doktor juga memberi nasihat untuk saya tidak meneruskan konsert kerana takut sesuatu yang lebih buruk akan berlaku.

“Bagaimanapun saya tetap teruskan konsert sebab ketika itu tidak ada siapa yang tahu saya sedang mengandung kecuali pihak pengurusan dan suami saya. Mujur mereka banyak membantu dan Alhamdulillah semuanya selamat,” katanya ketika ditemui pada konsert Semalam Di Malaya yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas malam tadi.

Kongsi Liza, 39, jika sebelum ini dia merancang setiap kehamilannya namun kali ini adalah suatu kejutan yang indah buat mereka sekeluarga.

“Setiap kelahiran anak sebelum ini memang saya dan suami rancang.

“Tetapi kali ini memang suatu kejutan, sebab itu saya tidak mengubah apa-apa dalam jadul nyanyian saya sebab tidak menduga. 

“Bagaimanapun kami sekeluarga sangat seronok dengan rezeki ini,” katanya yang turut memberitahu kandunganya kini sudah berusia lima bulan.

Melalui perkongsian hidup dengan bekas ahli kumpulan Indigo, Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau Shah selama 15 tahun, pasangan ini sudah dikurniakan empat orang anak. - UTUSAN ONLINE