Mana tidaknya, Wawa yang hamil tetapi Aeril pula yang mengalami muntah-muntah sehingga mengganggu aktiviti sehariannya seperti berlakon dan bertemu pelanggan. 

“Setiap kali Wawa hamil, memang saya yang akan mengalami alahan yang sama iaitu muntah. Cuma kali ini agak teruk. Mungkin sudah lama tidak melaluinya. Setelah empat tahun kami cuba

PASANGAN Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mempersiapkan diri dengan kehadiran bayi ketiga tidak lama lag
PASANGAN Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mempersiapkan diri dengan kehadiran bayi ketiga tidak lama lagi.

untuk memperoleh anak ketiga. 

“Memang saya rasa kurang selesa kerana boleh muntah pada bila-bila masa sahaja tanpa diduga. 

Ia agak memenatkan apatah lagi apabila saya mempunyai komitmen seharian seperti berlakon dan mesyuarat bersama pelanggan,” kata Ariel yang tetap memandang positif situasi tersebut lantaran keinginan mereka untuk menambah zuriat akhirnya termakbul. 

Walaupun alahan ketika hamil ‘berpindah’ kepada suaminya, Wawa pula berdepan dengan perkara lain iaitu tidak boleh tercium bau bawang. 

“Bila terbau bawang, saya akan muntah teruk. Jadi, bila memasak saya akan buka semua tingkap agar baunya tidak terperangkap dalam rumah.

“Dulu semasa mengandung anak pertama, saya tidak boleh buka peti ais dan gosok gigi yang boleh menyebabkan saya muntah,” cerita pelakon cantik ini.

Tak rela bermadu

Pasangan ini baru sahaja melancarkan produk Madu Ajaib Turki yang merupakan cabang terbaharu bisnes mereka. 

Apa pun kata Wawa, soal bermadu pula agak sensitif bagi golongan wanita termasuk dirinya. 

 

Pelakon 99 Kali Rindu dan Hantu Dalam Botol Kicap ini mengakui dia tidak rela bermadu dan berharap perkara tersebut tidak akan terjadi ke atas dirinya suatu hari nanti. 

“Sebut sahaja madu,  ia agak sensitif bagi wanita yang mengaitkannya dengan kehidupan rumah tangga. Kalau ditanya kepada mana-mana wanitapun,  siapa yang sanggup bermadukan?
“Saya tidak kisah andai Aeril kurang masa bersama disebabkan terlalu fokus kepada produk madu ini, tetapi bukan madu atau isteri lain.

Produk madu memang manis tetapi bermadu minta dijauhi sama sekali,” kata Wawa yang ditemui ketika majlis pelancaran  produk Madu Ajaib Turki by Aeril dan Wawa atau juga dikenali sebagai Mixed Honey with Horny Goat Weed. 

Aeril dan Wawa bekerjasama dengan Soulledad Marketing dan mengambil keputusan untuk melawat kilang madu di Turki sebelum menjalankan bisnes ini. Melalui lawatan itu, mereka melihat sendiri proses sebenar produk madu ini dijalankan agar tidak terpengaruh dengan produk madu tiruan.

Selain produk madu, pasangan ini juga menjalankan bisnes pakaian kurta, kanta lekap dan Wawa Cosmetic. 

“Walaupun kami ada empat bisnes tetapi ia tidaklah dijalankan sepanjang masa. Baju hanya dikeluarkan pada musim hari raya. Kosmetik, kanta lekap dan madu memang digunakan seharian, namun kami mempunyai pasukan yang bagus untuk menjalankan bisnes ini,” jelas Aeril yang sebelum ini popular dengan drama bersiri Patahnya Sebelah Sayap, Nahu Rindu dan Cinta Fatamorgana My Sweet Lavender. 

Selepas  mendirikan rumah tangga  selama tujuh tahun,  Aeril dan Wawa  dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.