Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Idea Joanna Bessey berhasil

TEATER MUZIKAL KOMEDI ALADDIN 5
TEATER MUZIKAL KOMEDI ALADDIN

Itu yang dapat digambarkan mengenai persembahan teater muzikal komedi Aladdin yang dipentaskan di PJ Live Arts Theater, Petaling Jaya, Selangor sepanjang dua minggu 'menjajah’ lokasi berkenaan.

Bukan sekadar hiburan tetapi karya yang diubah suai oleh pengarahnya, Joanna Bessey ternyata memberikan suatu kelainan berbanding persembahan teater kanak-kanak lain yang tidak cuma hadir dalam imaginasi animasi dan olahan dunia kartun semata-mata.

Aladdin versi Joanna tidak klise. Meski jalan penceritaan masih berpaksi kepada cerita asal animasi Disney namun teater ini disuntik dengan elemen urban ala Malaysia dalam nada lebih selamba.

Sekurang-kurangnya itulah yang dijanjikan Joanna ketika dia mula menggerakkan perjalanan teater Aladdin ini.

Antara yang menjadi tarikan dalam teater ini, selain penggunaan bahasa yang lebih santai dan melucukan, teater berdurasi dua jam ini juga dilihat amat kuat dengan kehadiran watak-watak yang menjadi tunggak utamanya.

Antara yang wajar diberi perhatian ialah watak jin hijau yang dilakonkan oleh Tria Aziz yang dipersembahkan secara santai namun memiliki punchline tersendiri setiap kali membuat kemunculannya di pentas.

Selain itu, pujian juga wajar diberikan kepada pelakon serba boleh, Rashid Salleh yang memegang watak ibu tiri Aladdin yang berketurunan Cina dan memiliki sifat miang terhadap lelaki.

Sengaja diberikan watak sebegitu kepadanya, Rashid menggalas tugasnya dengan baik meski dilihat 'terpaksa’ merelakan wajahnya disolek bak seorang makcik dan perlu bertutur dengan lenggok bahasa yang sangat melucukan.

Setiap kali muncul di pentas, Rashid mampu meraih tawa penonton yang tergelak dengan hanya melihat wajahnya yang melucukan!

Bukan itu sahaja, penglibatan kanak-kanak dalam teater ini juga mengkagumkan menerusi watak yang dipikul.

Menyentuh mengenai elemen lain yang diselitkan pada pementasan ini, Aladdin versi Joanna juga sangat menghiburkan kerana seleksi lagu-lagunya yang cukup menarik.

Bayangkan bagaimana Aladdin dan watak-watak lain menyanyikan lagu Taylor Swift, The Beatles, Bruno Mars dan Pharell sambil asyik menari - antara suasana yang tidak pernah dilihat pada mana-mana persembahan teater Aladdin sebelum ini.

Aladdin bercinta dengan Puteri Kim K? Adik beradik personaliti televisyen terkenal Hollywood tersebut? Ya, itu juga cuma berlaku dalam karya versi Joanna yang hadirnya dalam imaginasi kreatif si empunya diri.

Beberapa elemen jenaka nakal mengikut perkembangan arus semasa dan yang berlaku dalam negara turut diselitkan dalam bait-bait dialog karektor pada pementasan ini.

Jika anda bijak dan seorang yang mengambil tahu hal semasa, anda akan tertawa dengan jenaka yang dipersembahkan.

Penyampaian yang sarkastik dan selamba? Terpulang kepada bagaimana anda melihatnya dari sudut penonton.

Tahniah juga kepada keseluruhan produksi teater ini khususnya Enfiniti Academy dan Enfiniti Vision Media kerana menghadirkan sebuah pementasan yang bukan sahaja menghiburkan malah santai dan bermesej menerusi Aladdin ala Malaysia ini.

Ternyata, idea Joanna menjadi!

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan