Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Aktor Bollywood Hrithik Roshan disahkan bercerai

Hrithik Roshan bergamber bersama Sussanne Khan. – Agensi 2
Hrithik Roshan bergamber bersama Sussanne Khan. – Agensi

MUMBAI 1 Nov - Aktor popular Bolly­wood, Hrithik Roshan dan isterinya Sussanne Khan, yang berpisah sebelum ini disahkan bercerai oleh sebuah mahkamah keluarga di India, hari ini.

Agensi berita Press of Trust of India (PTI) melaporkan, penceraian itu diperolehi selepas hampir setahun pasangan itu mengumumkan berpisah.

“Mahkamah meluluskan penceraian mereka berdua. Ia merupakan penceraian yang dipersetujui bersama,“kata peguam Hrithik, Mrunalini Deshmukh kepada PTI.

Hrithik dan Sussanne berkahwin 14 tahun lalu dan memiliki dua orang cahaya mata.

Kedua-dua pasangan hadir di mahkamah pada April tahun ini dan memfailkan permohonan untuk penceraian atas persetujuan bersama.

Syarat-syarat berkaitan penceraian itu masih tidak diperolehi ketika ini.

Pasangan itu mengumumkan perceraian mereka pada 14 Disember tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, aktor kacak berusia 40 tahun itu berkata, Sussanne memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan mereka.

Sussanne yang juga tergolong dalam keluarga Bollywood dalam satu kenyataan berasingan pula berkata, perceraian itu merupakan pilihan mereka bersama.

“Kami merupakan individu yang menghormati dan mengambil berat antara satu sama lain serta membuat keputusan bersama. Kami masih merupakan ibu bapa kepada dua orang anak dan tanggungjawab kami masih kekal untuk menjaga dan melindungi mereka.

“Tiada yang yang berubah tentang perkara itu,”kata Sussanne.

– Bernama

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan