Aktif di sebalik tabir

Burn Meditasi jadi penerbit TV hasilkan rancangan untuk peminat rock

BURN (dua dari kanan) bersama anggota kumpulan Meditasi sekitar 2
BURN (dua dari kanan) bersama anggota kumpulan Meditasi sekitar era 90-an.

PERNAH tampil dengan empat buah album penuh, kumpulan Meditasi yang popular sekitar 90-an hit menerusi beberapa rangkaian lagu seperti Biar Pedih Kasih Memanjang dan Demi Rindu Kita.

Kini, setelah agak lama menyepi, Meditasi yang dianggotai oleh Burn selaku vokalis, Azz (dram), Liey (gitar) dan Ucup (gitar kedua) masih mengekalkan ahli lama mereka. Pun begitu, pemain besnya, Yan telah pun meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Bertemu dengan Burn atau Bakaruddin Daud di Studio Utusan baru-baru ini, dia memberitahu masih kekal aktif menyanyi di beberapa acara walaupun sepi tanpa sebarang publisiti.

Hakikatnya, Burn sendiri pada tahun lalu pernah berkhidmat di sebalik penerbitan rancangan Rockers Apa Khabar untuk siaran TV2 sebagai penolong penerbit yang mengetengahkan idea menghidupkan kembali pejuang jalur tersebut di arena muzik semasa.

Bahkan, bukan itu sahaja, pada 2007, Burn turut terlibat dalam penerbitan Rock Prima yang disiarkan di saluran 105 Astro Prima bagi memberi platform kepada pemuzik rock sezamannya muncul di kaca televisyen.

Menurutnya, kerja di belakang tabir penerbitan sesebuah program televisyen mempunyai cabaran tersendiri, apatah lagi untuk memikirkan idea menarik bagi mencuri perhatian audiens menonton rancangan berkonsepkan rock lama.

“Walaupun rock 90-an tidak lagi mendapat sambutan anak muda era ini, saya yakin peminat jalur muzik ini masih ramai di luar sana. Sebab itulah ia diterbitkan untuk mengubat kerinduan mereka.

“Pada masa yang sama, cetusan idea segar diperlukan bagi menarik minat anak muda menyukai rancangan tersebut, lebih-lebih lagi mereka tidak begitu mengenali pemuzik rock dulu-dulu.

“Tetapi saya seronok menjadi tulang belakang kedua-dua program televisyen berkenaan kerana dekat dengan jiwa saya selaku ahli kumpulan Meditasi. Lagi satu, gembira bertemu dengan rakan-rakan seangkatan yang sekian lama tidak berjumpa,” katanya kepada Hits.

 

Melihat muzik rock 90-an semakin diterima ramai oleh peminat muzik semasa, Burn berkata Meditasi dengan tambahan tiga lagi anggota baharu iaitu Rauf (keyboard), Black (Bass) dan Jeroy (dram) bakal membuat penampilan semula tidak lama lagi.

Yakin masih mempunyai pengikut tersendiri, ia juga antara faktor Meditasi mahu sama-sama memeriahkan kembali persada muzik tanah air sekalipun wujud persaingan daripada kumpulan-kumpulan anak muda yang menguasai industri.

“Saya akui, bukan mudah untuk menubuhkan kembali kumpulan yang telah lama menyepi, tapi kami yakin dengan semangat setiap anggota Meditasi mampu memberi nafas baru terhadap kumpulan ini dan juga muzik rock yang kami perjuangkan.

“Walaupun masih mengekalkan muzik rock yang dilihat bukanlah pilihan anak muda kini, saya yakin dengan adunan muzik semasa yang lebih moden, ia akan diterima. Kami akan tampilkan kelainan sesuai dengan peredaran muzik sekarang.

“Untuk permulaan, Meditasi akan nyanyikan semula lagu-lagu hit mereka yang diberi nafas baharu sebelum menghasilkan album mini yang memuatkan lagu baharu. Ia sebagai salam perkenalan daripada Meditasi,” jelasnya.

Tambah Burn, lebih meyakinkannya untuk mewarnai semula industri adalah disebabkan kariernya kini yang telah mempunyai bisnes pengurusan acara yang diusahakan bersama rakan-rakannya.

“Alang-alang ada bisnes sebegini, saya gunakan platform ini untuk mempromosikan Meditasi sebaik mungkin. Kami turut memberi peluang kepada kumpulan rock lain untuk mendapatkan publisiti daripada acara yang saya kendalikan,” katanya.

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati