Majlis julung kali diadakan ini turut mengiktiraf Penolong Pengarang Hiburan Kosmo, Tengku Suzana Raja Hamat bagi kategori Anugerah Khas Juri.

Majlis anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan (WHAM) diadakan sebagai salah satu usaha bagi membangunkan industri filem melalui penulisan kreatif dan kritis menggunakan media cetak, elektronik dan baru.

Yang turut hadir pada malam berpestij itu ialah tetamu kehormat Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Aishah binti Sultan Ahmad Shah,Pengerusi Finas,Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib, Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayon dan Pengerusi WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Sementara itu, Abd. Aziz menganggap penganjuran yang julung kali diadakan ini seharusnya diteruskan pada masa hadapan demi menyuntik semangat wartawan generasi baru.

“Kemenangan ini sesuatu yang diluar jangkaan saya. Saya sudah empat tahun tidak menulis ruangan hiburan tetapi terharu apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Kewartawanan Cemerlang 1.

“Saya percaya penganjuran acara sebegini tidak patut terhenti pada tahun saja. Malah, ia perlu diteruskan lagi pada masa hadapan kerana ia suatu cara untuk bagi perangsang pads wartawan seperti kami untuk lebih berusaha keras,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.

Berikut merupakan senarai lengkap 12 pemenang AKIFMA2017:

1. Anugerah Penulis Pojok Terbaik

-Raja Nurfatimah Mawar Mohammed (Berita Harian)

2. Anugerah Wartawan Hiburan Muda

-Angeline Yeoh (The Star)

3. Anugerah Khas Juri 1

-Syazwan Zakariah (Astro)

4. Anugerah Khas Juri 2

-Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo!)

5. Anugerah Kewartawanan Kritikan Filem

-Shazryn Mohd Faizal (Mstar)

6. Anugerah Kolumnis Hiburan Terbaik

-Adam Salleh (Harian Metro)

7. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Media Baharu)

-Elrafai Sapi (Astro)

8. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Televisyen)

-Syazwan Zakariah (Astro)

9. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik *Media Cetak

-Mumtaz Bigun (Malay Mail)

10. Anugerah Kewartawanan Cemerlang 1

-Abd. Aziz Itar (Utusan Melayu)

11. Anugerah Kewartawanan Cemerlang 2

-Rozdan Mazlan (Berita Harian)

12. Anugerah Tokoh Wartawan

-Fauziah Abdul Rauf