Ajak Shiro selami kerjaya wartawan di Melodi
 

Jelasnya, program yang dihoskan itu bukanlah bertujuan untuk membuka aib rakan-rakannya tetapi dalam sudut berbeza memberi peluang kepada rakan artis yang terlibat dengan kontroversi untuk menjelaskanya.

“Bila kawan-kawan dikaitkan dengan gosip ini adalah medan untuk mereka memberikan penerangan mengenai apa yang sebenar berlaku.

“Benar saya akui walaupun baru seminggu bergelar pengacara Melodi, tetapi saya sudah faham apa sebenarnya tugas seorang wartawan itu. Sebab itu saya mahu berterima kasih kepada rakan wartawan yang selama ini menyokong saya,”kongsinya.

Menerima kritikan pada minggu pertama di Melodi. Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, merasakan ini adalah cabaran untuk dia memperbaiki mutu pengacaraan pada masa hadapan.

“Saya tidak marah dengan mereka yang memberi komen, sebenarnya tidaklah semua mengkritik ada sahaja yang menyokong. Tetapi saya akan ambil semua ini sebagai cabaran untuk saya,” katanya.

Sementara itu selain Ajak, rakan pengacaraannya Janna Nick juga turut menerima kritikan yang sama. Sebelum itu program hiburan berusia 22 tahun ini dikendalikan oleh Awal Ashaari dan Muhammad Azmir Selamat atau AG. - UTUSAN ONLINE