Jelas pelakon itu, isterinya, Afifah Amin yang juga pengurus laman sosial Instagramnya sering kali menunjukkan gambar-gambar serta mesej yang bukan-bukan daripada peminat wanita,

“Nasib baik isteri yang jaga akaun Instagram saya, kalau tidak ‘naya’ juga. Setiap kali terima gambar bukan-bukan, isteri akan tunjuk kepada saya, cuma dia akan tutup wajah dan nama akaun.

“Saya anggap itu perkara normal yang dilalui oleh mana-mana artis tak kira lelaki atau wanita, Nasib baik isteri tak melenting,” katanya berseloroh.-UTUSAN ONLINE