Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Aishwarya sugul kematian ayah

Aishwarya Rai dan suaminya Abhishek Bachchan ketika menghadiri
Aishwarya Rai dan suaminya Abhishek Bachchan ketika menghadiri upacara pengebumian Krishnaraj Rai.

KUALA LUMPUR 20 Mac - Selepas dua minggu berada dalam kritikal dan mendapat rawatan di sebuah hospital di Mumbai, India, akhirnya ayah kepada aktres Aishwarya Rai meninggal dunia akibat kanser limfoma yang dihidapinya pada Sabtu lalu, 8.30 malam waktu tempatan.

Krishnaraj Rai merupakan seorang pakar biologi tentera telah sekian lama menghidap kanser berkenaan dan sering berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sejak Januari lalu, kesihatannya makin merosot lalu mendorong Aishwarya dan suaminya, Abhishek Bachchan banyak menghabiskan masa di rumah keluarganya di Mumbai.

Bagaimanapun pada awal Mac lalu, bapanya terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas tidak sedarkan diri sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir di situ di sisi Aishwarya serta ahli keluarga lain.

Mayat Krishnaraj dikebumikan di Vile Parle Seva Sansthan Shamshan Bhoomi, Mumbai dan dihadiri puluhan selebriti termasuk besannya, Amitabh Bachchan, Shahrukh Khan dan Sonali Bendre - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan