Sehingga kini, Rai masih lagi berkabung dan hanya keluar ketika hadir ke upacara pengebumian bapanya, Krishnaraj Rai yang meninggal kerana kanser.

Dia juga mengambil keputusan mengadakan majlis yang sederhana sahaja untuk ulang tahun ke 10 perkahwinannya bersama Abhishek Bachchan.

Tahun ke 10 perkahwinan sering kali dianggap istimewa dan diraikan secara besar-besaran tetapi pasangan ini tidak mahu majlis itu menganggu rasa duka yang sedang dihadapi oleh keseluruhan ahli keluarga Rai.

Selain kehebatan dalam lakonan, Rai juga dikenali sebagai seseorang yang menyayangi ayahnya sepenuh hati.

Terdahulu, pasangan ini juga tidak pernah mengadakan sebarang majlis mewah untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

Menerusi perkahwinan pada 20 April 2007, mereka dikurniakan seorang anak yang diberi nama Aaradhya Bachchan.