Mohamad Ariffudin
Mohamad Ariffudin

Pada majlis tersebut Ainan menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh hantaran kepada pihak lelaki . Bagaimanapun pasangan tersebut merahsiakan jumlah wang hantaran.

Ainan yang popular dengan lagu Aku Suka Dia selamat dinikahkan oleh jurunikah Adib Mahyuz, yang berwalikan bapanya, Dr. Ridzuan Mohd. Sagir dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah , Shah Alam, Selangor.

“Alhamdulillah, hari ini bermulalah satu fasa baharu dalam hidup saya sebagai seorang isteri, dan saya sendiri tidak sabar untuk memikul tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya. Terima kasih kepada semua yang membantu untuk menyempurnakan majlis pernikahan kami,” katanya.

Ainan dan suami kelihatan sepadan dalam persalinan rekaan Wajie Ibrahim. Majlis resepsi pasangan pengantin baharu itu bakal berlangsung esok di sebuah hotel di Shah Alam.

Sementara itu, Mohamad Ariffudin menaruh harapan agar perkahwinan yang dibina bahagia dan berkekalan.

“Semoga limpah berkat dan rahmat, sentiasa memayungi perkahwinan kami dan moga Allah merahmati rumah tangga yang kami bina, ” katanya. - UTUSAN ONLINE