Aiman ketika dihubungi UTUSAN ONLINE berkata, dia juga bakal mengeluarkan satu video muzik istimewa bersempena pelancaran lagu yang dicipta oleh bapanya sendiri, Yusri itu.

“Lagu Lara Dalam Kerinduan ini mengisahkan seorang anak yang sudah berjaya dalam hidup namun tidak sempat untuk berkongsi nikmat itu dengan ayahnya. Seperti biasa, memang lagu `leman’ (balada 90 an) lah kan.

“Video muzik untuk lagu raya saya ini bakal memulakan penggambaran 25 April depan. Kena tunggu sebab jalan cerita dia memang menarik dan berbeza,” katanya.

Dalam pada itu, Aiman juga memaklumkan dia bakal tampil dengan single baharunya Julai depan selepas berjaya dengan dua lagu, Ku Rela Dibenci dan Permata Cinta. - UTUSAN ONLINE