Agnez Mo dan Chris Brown
Agnez Mo dan Chris Brown

Memetik laporan KapanLagi, Agnez yang popular dengan lagu Matahari bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan hubungan mereka hanyalah atas dasar kerja serta teman biasa sahaja.

“Memang benar kami berkawan tapi tidak bercinta. Saya dan Brown senang untuk bekerja sama. Gambar atau video yang dimuat naik tidak bermaksud apa-apa. Tak salah muat naik gambar bersama teman kan?” katanya dalam temubual bersama media di Jakarta baru-baru ini.

Agnez yang bakal melancarkan single baharunya,  Overdose berduet bersama Brown 27 Julai depan pernah memuat naik gambar dan video kemesraan antara mereka berdua di laman sosial Instagramnya sehingga mencetuskan dakwaan mengatakan mereka sedang hangat bercinta.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 32 tahun itu juga menyifatkan Brown sebagai seorang lelaki yang memahami dan senang untuk berkerjasama.

“Kami selalu keluar dan kerja bersama. Dia seorang yang menyenangkan dan saya selesa untuk berkawan dengannya,” katanya. -UTUSAN ONLINE