“Memang rasa bila kita sudah lama dengan mereka, nanti mesti rindu.

“Melihat apa yang sudah dilakukan AF2014 kepada setiap pelajar ini saya memang rasa bangga,” katanya.

Walaupun masih rasa waktu yang diberikan kepadanya untuk melakukan perubahan dalam AF2014 terlalu singkat, kata Hattan setakat ini memang dia puas dengan pencapaian AF2014 sendiri.

“Saya puas hati untuk melihat kita tidak lagi menggunakan lagu-lagu Indonesia, dan bagaimana hal ini memberi impak kepada lagu-lagu kita sendiri.

“Pihak Astro sendiri memang memberi kelonggaran buat saya dalam membentuk AF2014 kali ini,” katanya.

Melihat Firman, Aman, Ewal, Adel dan Nuha ke peringkat akhir kata Hattan dia sendiri tidak menyangka barisan pelajar tersebut yang akan berentap pada Ahad ini. Walaupun ada yang kurang bersetuju dengan kelayakan Aman ke pentas akhir, Hattan ada pandangan yang berbeza.

“Saya boleh lihat pentas akhir ini pelajar-pelajar tersebut akan berusaha keras untuk persembahan mereka, dan ia bukan kerja mudah.

“Soal Aman pula saya sendiri tidak sangka dia layak, saya anggap ini rezeki dia. Mungkin ada yang melihat dia tidak layak tetapi sebagai orang yang melihat sendiri pencapaiannya setiap minggu memang Aman seorang yang bekerja keras untuk memajukan diri. Mungkin sebab ini ada peminat yang cukup senang dengan kejujurannya,”katanya.

Membuat solat sunat Istikharah bagi memilih pelajar yang tersingkir dalam rancangan itu untuk diserap semula ke dalam program tersebut. Kata Hattan ia bukan kerja mudah memandangkan mereka mengambil kira setiap peranan pelajar ini dalam AF2014.

“Daripada tujuh peserta, saya bersama tenaga pengajar lain membuat senarai pendek kepada lima dan kemudian tiga peserta iaitu Muna, Zarif dan Adel.

“Saya juga melakukan solat Istikharah sendirian untuk memilih siapa yang layak untuk bertanding semula ke dalam program ini. Saya tak mahu tersalah pilih kerana ia melibatkan masa depan mereka,” katanya.

RATA-RATA orang baru tahu yang Akademi Fantasia 2014 (AF) bakal mengadakan konsert terakhirnya minggu ini. Eh! dah final? Itulah reaksi orang ramai yang sebelum ini taksub sangat dengan AF. Sebenarnya soalan itu sudah menggambarkan bagaimana AF kali ini kurang mendapat perhatian di kalangan penonton program realiti, tetapi bukan program AF sahaja sebenarnya ia turut berlaku kepada program realiti nyanyian lain juga. Mungkin sudah sampai masanya program berunsur nyanyian ini dikurangkan sedikit dan kembali mencari momentum berbeza buat program sebegini.

Berbalik kepada AF kali ini sebenarnya ada yang mempersoalkan kemasukan Aman ke pentas akhir. Ramai yang mengatakan Aman bukan sepatutnya pelajar yang berada di atas pentas memandangkan persembahannya jauh berbeza dengan pelajar lain.

Malah juri tetap Datuk Ramli MS sendiri sudah menyatakan pendiriannya terhadap kemampuan Aman.

Sukar menjangka apa percaturan AF kali ini, namun jika benar Aman mempunyai penyokong setia yang percaya dengan bakat yang dimiliki, tentunya dia layak berada di atas pentas itu sebenarnya. Bukan apa kewujudan seorang selebriti itu tidak hanya cukup dengan produk sahaja, selagi dia tidak mempunyai peminat sukar untuk dia bertahan.

Buat Aman sendiri, kalah atau menang, bukan persoalannya kini, memandangkan kamu sendiri sudah ada peminat, gunakan peluang ini sebaiknya, mungkin penyanyi bukan destinasi kamu tetapi mana tahu pengacara rancangan kanak-kanak bakal menjadi pekerjaan yang sesuai buat kamu kelak.

MELIHAT kehidupan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid pasti ada yang terdetik untuk mengatakan mereka sebagai pasangan romantik. Melihat sikap Siti yang cukup selamba menayangkan rasa sayang terhadap suami, ada yang berpendapat pasangan ini memang layak untuk dinobatkan sebagai pasangan paling serasi. Bagaimanapun tentunya kebahagiaan bukanlah sesuatu yang boleh diturunkan mengikut keturunan. Melihat apa yang berlaku ke atas adik Siti iaitu Saerah, pasti ada yang tertanya mengapa sampai begitu sekali.

Setiap manusia itu sudah ditentukan rezekinya, pasti Siti sendiri rasa sedih dengan apa yang menimpa adiknya itu. Malah perasaan itu turut dikongsikan Siti melalui laman sosialnya baru-baru ini dengan meminta agar adiknya itu tabah menghadapi dugaan.

Walaupun Saerah sudah lama menyepi dari dunia hiburan, namun status sebagai adik kepada penyanyi terkenal sering kali melonjakkan kisah peribadinya. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi, lambat atau cepat pasti Saerah sendiri akan bongkarkanya tidak lama lagi.