Memulakan khidmat pada 13 Februari 2008, Adifashla yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti popular Akademi Fantasia musim pertama bagaimanapun masih meneruskan kariernya sebagai deejay di stesen Sinar FM.

“Terlalu banyak kenangan manis yang dicipta sepanjang bekerja di stesen radio ini dan saya tidak sangka mampu mencatat rekod selaku deejay paling lama berkhidmat.

“Diam tak diam, dah hampir sepuluh tahun. Rasa seperti sekejap sahaja. Tidak mampu saya hendak kongsikan memori indah di Era FM sebab terlalu banyak,” katanya menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Tambah Adifashla, harapannya agar peminat terus setia bersama-sama Era FM, stesen radio nombor satu negara itu walaupun dia kini berkhidmat di stesen radio lain.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Aku Cinta Kau dan Dia itu juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh kru Era FM kerana telah banyak mendidik dan membimbingnya.

Antara barisan penyampai yang pernah berkhidmat seiring dengannya ialah Zahid Baharuddin, Kieran, Linda Onn, Krill, Nana Mahazan, Datuk Aznil Nawawi, Allahyarham Din Beramboi, Dina Nadzir, Burn AF, Feeya Iskandar dan Raden. - UTUSAN ONLINE