Pelakon filem Nasi Tangas itu sudah bertudung pada 5 Oktober lalu dan bersyukur apabila niat yang dipendam sekian lama akhirnya tertunai.


“Alhamdullilah, memang dah lama berhajat nak pakai hijab memandangkan usia yang semakin meningkat.


“Keputusan yang dibuat lahir dari hati, tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Cuma terfikir, takut nanti tak sempat nak insaf,” katanya kepada Utusan Online.


Mengulas lanjut mengenai tawaran lakonan selepas bertudung, kata Adiba, dia menyerahkan soal rezeki kepada Allah dan sentiasa yakin sebagai hamba-Nya.


“Rezeki semuanya datang daripada Allah, sebagai manusia kita kena yakin dan terus beriman kepada-Nya.


“Bagi saya, sejauh mana kejayaan kita sekalipun, kalau ketepikan Allah, tiada guna di akhirat kelak. Bukan nak tunjuk baik, tetapi itulah hakikat yang perlu seorang muslimah seperti saya terima.


“Rasanya Malaysia dah semakin terbuka dalam mendalami agama Islam, dah banyak pendedahan dan Alhamdullilah, saya salah seorang muslimah yang diberi hidayah,” ulasnya.


Adiba akan memulakan penggambaran sebuah drama bersiri 13 episod pada awal Disember depan untuk siaran Salam HD di HyppTV. - UTUSAN ONLINE