Adi dikatakan memilih ibu tunggal beranak satu yang juga seorang pegawai di sebuah agensi kerajaan, sebagai isteri keduanya.

Hari ini, gambar pernikahan Adi dengan isteri keduanya itu telah tersebar secara meluas di media online.

Menurut sumber, pernikahan kedua itu, tidak diketahui oleh isteri pertama Adi, Aida Yusof, 41.

Pada 2006, rumah tangga Adi dan Aida berantakan apabila pelakon berkenaan menfailkan perceraian mereka di mahkamah.

Bagaimanapun masalah itu berjaya diselesaikan dan Adi membatalkan permohonan perceraian tersebut. - UTUSAN ONLINE