Menurut laman web femalefirst.co, pasangan itu bercadang untuk bekerjasama tahun lalu tetapi berlaku salah faham dengan penyanyi Skyfall itu menyebabkan Collins menangguhkan program tersebut.

Satu sumber mendedahkan, selepas beberapa bulan berlaku salah faham itu, Collins menyatakan kesediaan untuk kembali bergandingan dengan Adele.

Tahun lalu, Adele menyepi dalam dunia hiburan dan memberitahu dia mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan ‘bercuti’ daripada menyanyi.

“Adele tangguhkan segala aktiviti dalam dunia hiburan dan memberitahu dia mahu memberi tumpuan kepada anak dan keluarganya, walaupun hakikatnya mereka berdepan dengan masalah.

“Tetapi kini, Adele bersedia untuk kembali dalam dunia hiburan dan bergandingan dengan Collins,” ujar sumber tersebut.

Adele kini yang menetap di Los Angeles sering dilihat melepak bersama rakan-rakan termasuk Lady Gaga dan Harry Style.