Jelasnya, biarpun penat namun dia bersyukur kerana Tuhan memberinya peluang untuk bergelar bapa kepada bayi perempuan berusia tiga bulan itu.

“Kami tak merancang mahu mengambil anak angkat tapi Allah buka hati saya dan isteri untuk terus menjaga Tiara. Semua pengalaman ini kami sendiri tidak merancang.

“Tiara seorang bayi yang aktif malam hari. Orang lain tidur dia main. Terbalik pula, pada siang hari dia pula tidur. Itu yang saya kena melayan dia.

“Tak apa, asal dia gembira. Tiara adalah amanah Tuhan yang saya akan jaga sebaik mungkin,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, Achey juga mendedahkan, dia dengan rela hati menolak beberapa tawaran berlakon dan mengacara demi menjaga Tiara yang masih kecil.

“Kami mula jaga Tiara pada Ramadan lepas jadi memang sampai raya, saya ada tolak beberapa tawaran. Sekarang baru kembali aktif semula seperti biasa,” katanya. - UTUSAN ONLINE