Abang Long Fadil, arahan Syafiq Yusof yang diterbitkan oleh Astro Shaw dan Skop Productions itu mula ditayangkan kepada umum sejak 24 Ogos lalu dan hingga kini masih ditayangkan di 77 buah pawagam.

Sebelum ini, filem dengan rekod kutipan tiket paling tinggi pernah dipegang oleh filem Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar dengan kutipan RM17.8 juta pada 2015 serta filem The Journey arahan Chiu Keng Guan dengan kutipan RM17.28 juta pada 2014. Kedua-dua filem ini juga merupakan filem terbitan Astro Shaw.

Filem Abang Long Fadil 2 yang membariskan pelakon hebat tanah air seperti Zizan Razak, Syamsul Yusof, Wak Doyok, Achey (Bocey), Shuib (Sepahtu), Tania Hudson, A.Galak dan Mas Khan itu mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil yang terjerumus ke dalam dunia mafia yang didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya. - UTUSAN ONLINE