YUSOF HASLAM

Menurut penerbitnya, Datuk Yusof Haslam, ini membuktikan filem-filem Melayu di negara ini masih mendapat tempat di hati penonton tempatan.

“Saya mahu berterima kasih kepada mereka yang menyokong filem ALF2 sehingga mencatatkan kutipan pecah panggung.

“Saya harap sokongan ini juga akan berterusan untuk filem Melayu yang lain,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai isu ‘bocor’, Yusof Haslam tidak menolak kesungguhan pihak Astro dalam membendung jenayah ini daripada berterusan dan pada masa yang sama turut membantu kutipan filem ini.

“Memang kami ambil serius soal ini, kalau ikutkan filem ini memang sudah ada yang ‘bocor’ hampir keseluruhan filem.

“Bagi saya hal ini tidak sepatutnya berlaku. pihak Astro sendiri sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan,” katanya.

Ditanya sama ada filem ini akan diteruskan untuk menjadi filem trilogi, pihaknya bagaimanapun masih belum boleh memberi kata pasti.

“Buat masa ini masih belum dapat saya pastikan, bagaimanapun Syafiq Yusof ada memberitahu dia sudah mempunyai bahan untuk filem akan datang,” katanya.

Filem aksi komedi itu membariskan pelakon antaranya Zizan Razak, Tania Hudson dan Syamsul Yusof ini sudah ditayangkan sejak 24 Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE