Kalau mahu tahu Abam memang sudah meminta ibunya sahaja yang memilih jodoh untuk dirinya memandangkan dia tidak akan sesekali memilih calon isterinya sendiri. Setelah dikorek, Abam ini rupa-rupanya memang sukar hendak baik dengan mana-mana wanita kerana sikapnya.

“Saya memang susah nak percaya kalau seseorang wanita itu datang dan mahu berkawan dengan saya secara ikhlas, sebabnya sebelum saya tidak menjadi artis memang tidak ada.

“Sebab itu saya minta ibu sahaja yang carikan jodoh untuk saya. Kalau boleh saya mahu seseorang yang menerima saya seadanya bukan kerana saya seorang artis,” katanya.

Jelas Abam lagi, melalui pengalaman lalunya yang tidak begitu indah jadi dia mahu wanita di luar sana sanggup menerima dia dalam apa-apa juga keadaan kelak.

“Saya bekerja sebagai seorang juruelektrik sebelum ini, jadi permulaan dalam hidup saya tidaklah macam sekarang ini. Jadi saya mahu cari orang yang betul-betul ikhlas menerima saya,” katanya.