ABAM BOCEY dan isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Kamal Salan dberwalikan bapa pengantin perempuan, Mohd Ali Bahtin.

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 dan wang hantaran bernilai RM13,888 beserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pengantin perempuan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan terima kasih atas doa semua. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.

“Saya mohon maaf jika sebelum ini ada yang menganggap saya merahsiakan tentang perkahwinan kami. Tidak berniat untuk merahsiakan tetapi saya bimbang apa yang dirancang tidak berlaku,” kata Abam lagi.

Sepanjang majlis tersebut, Abam turut ditemani dua orang rakan baiknya yang juga anggota kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey.

Pasangan ini terdahulu mengikat tali pertunangan di kediaman pengantin perempuan pada pukul 10 pagi tadi.

Pasangan pengantin baharu akan diraikan dalam majlis berinai pada malam ini bertemakan Arabic Night.

Sementara majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 9 Disember di kediaman Siti Norhidayah.

Abam dan Hidayah berkawan sejak 2009 sebelum Abam menyertai program Raja Lawak musim ke-6. – UTUSAN ONLINE.