Jenazah Allahyarham yang mesra dipanggil ‘Abah’ oleh keluarganya dikebumikan pada pukul 2.10 petang dengan lebih 100 ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk hadir memberikan penghormatan terakhir.

Turut kelihatan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang merupakan abang ipar kepada Neelofa.

Terdahulu, van membawa jenazah allahyarham disembahyangkan di Masjid Pasir Mas selepas solat Zohor.

Sementara itu, Neelofa berharap peminat dan semua pihak terus menyedekahkan al-Fatihah selain mendoakan supaya arwah ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.

“Terima kasih pada yang mendoakan abah sejak arwah jatuh sakit hinggalah meninggal dunia di hari yang mulia semalam.

“Alhamdulillah, segala urusan pengkebumian berjalan lancar hari ini dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat,” katanya.

Allahyarham Noor Mohamed menghembuskan nafas terakhirnya kita-kira pukul 11.20 malam tadi ketika dirawat akibat komplikasi penyakit kencing manis di Hospital KPJ Kota Bharu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, tujuh anak serta lebih 40 cucu. - UTUSAN ONLINE