Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, antara negara yang akan mengambil bahagian pada festival bertemakan Pulara Mendunia itu ialah Singapura, Indonesia, Thailand, India, Jepun, Perancis, Jerman dan Korea Selatan.

“Pada festival edisi kesembilan ini, para peserta akan dibawa melawat ke Bandar Diraja Kuala Kangsar untuk membaca puisi di sana.

“Bacaan puisi dan persembahan kebudayaan turut diadakan di Lata Kinjang di daerah Batang Padang dan Kampung Karyawan Malim di Kampar manakala persembahan Budaya Nusantara pula diadakan di Dataran Amanjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat induk Pulara edisi kesembilan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing dan Pengerusi Pulara, Mohd. Ghazali Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Malim Ghozali.-UTUSAN ONLINE