Tapi kalau nak diikutkan berapalah sangat dengan amaun tersebut asal dapat membahagiakan hati insan yang istimewa dalam hidup kita. Tak gitu?

Mesti perasaan Fazura berbunga-bunga sepanjang hari dengan kejutan yang diterima sempena sambutan hari lahirnya yang ke-34 tahun baru-baru ini ketika pelancaran produk kecantikannya.

Tak kurang juga ramai wanita di luar sana yang gigit jari melihat romantisnya pasangan ini kan? Entah-entah ramai yang minta pasangan masing-masing lakukan hal yang sama seperti mereka ni. Janganlah macam tu. Setiap orang ada cara tersendiri untuk melahirkan perasaan.

Cuma ramai juga yang tertanya-tanya sama ada benar mereka bercinta atau tidak. Kalau dahulu boleh dikatakan cinta lokasi memandangkan pertemuan mereka pun kerana sebuah drama, tapi bila tengokkan gayanya sekarang, macam dilamun cinta sahaja. Apapun mari kita doakan yang baik-baik sahaja.