Antara artis yang membuat persembahan pada konsert berkenaan termasuk Datuk Ramli Sarip, Misha Omar, Hael Hussaini, Man Kidal, Winnie K dan Sasi The Don.

Majlis bermula pada pukul 8.45 malam itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri, Adly Zahari bersama beberapa Exco kerajaan negeri.

Lebih menarik, konsert dipimpin Lok U sebagai pengarah muzik itu turut diperkuatkan dengan iringan Orkestra Kolej Yayasan Saad terdiri daripada pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Konsert yang merupakan sebahagian daripada program sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-16 Bandaraya Melaka Bersejarah itu mendapat kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Melaka serta Badan Kebudayaan dan Kesenian MBMB. - UTUSAN ONLINE