Sebagai hub hiburan yang menawarkan berita-berita hiburan dan gaya hidup dalam versi digital dan bercetak, organisasi ini menyediakan platform portal, penerbitan dan rangkaian hiburan untuk pemain industri dan juga kalangan peminatnya.

Penubuhan MHE adalah seiring dengan peredaran teknologi digital yang pada hari ini bergerak secara pantas. Pengaruh dan kepakaran tenaga kerjanya, menjadikan organisasi ini tersendiri.

Paksi operasi MHE tertumpu kepada berita-berita skop hiburan dan berkaitan dalam industri seni tempatan. Ia melingkupi cabang-cabang berita membabitkan penggiat dunia seni lakonan, nyanyian dan pengacaraan.

Menariknya, organisasi ini bergerak menerusi dua cabang sekali gus iaitu sistem dalam talian, penerbitan akhbar serta majalah di bawah satu bumbung.

MHE TV adalah produk portal hiburan baharu yang diwujudkan dalam menggerakkan misi utama penubuhan. Dengan tema Mega Hip Ekstravaganza ia adalah portal yang menampilkan berita hiburan terkini, panas dan sensasi kepada pembaca.

Selain berita hiburan, maklumat terkini tentang isu tular, gaya hidup, mahkamah dan sukan turut dikongsi bersama. Klip video berkaitan kandungan berita turut ditampilkan bagi kepuasan pelayar.

Akhbar sisipan paling popular, Pancaindera, Mingguan Malaysia dan Hits (Utusan Malaysia) kini menjadi sebahagian daripada produk kendalian MHE. Ini sekali gus memberi ruang yang lebih efisien kepada pelanggan iklan di MHE yang pada hari ini semakin menjurus kepada pengiklanan di media digital.

Pembabitan majalah hiburan paling popular, URTV Online dan majalah Wanita menyempurnakan lagi organisasi MHE. Ia menjadi sandaran utama pembaca setia kedua-dua majalah berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MHE, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar yakin misi organisasi itu akan berkembang mengikut peredaran semasa. Orang ramai akan lebih memahami fungsi MHE yang sebenar.

“Selepas dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md. Yusof pada 23 Oktober lalu, MHE sedang berada di landasan yang tepat untuk melangkah ke masa depan, bagi mendepani masa depan industri media di negara ini,” jelas Zaienal.

Dengan strategi yang tersusun, produk-produk yang dihasilkan berjaya ditonton jutaan pelayar dalam laman sosial dalam masa hanya beberapa bulan ini.

Sesuatu yang sangat memeranjatkan apabila MHE TV telah dilayari sehingga mencecah capaian lebih 3 juta pelayar dalam masa sebulan pelancaran.

“Indikator ini jelas menunjukkan MHE kini sedang bergerak di landasan yang betul. Kita telah menggunakan sebaik mungkin penggunaan laman sosial YouTube, Instagram dan Facebook untuk capaian maklumat kepada pembaca,” ujarnya lagi.

Apa yang lebih membanggakan bagi Zaienal adalah apabila MHE kini menjadi rujukan pemain-pemain media dalam industri hiburan. Baru dua bulan penubuhan, ia telah diperkatakan banyak pihak.

n MHE turut mempunyai kapasiti untuk menawarkan perkhidmatan kepada semua pihak dalam industri hiburan. Pelancaran MHE Talent Management, MHE Event Management dan MHE Radio bakal melengkapkan lagi fungsi organisasi ini sebagai hub media hiburan berpengaruh, bukan sahaja di bidang media tetapi kepada industri secara menyeluruh.

nMHE kini menjadi rujukan untuk pelbagai urusan membabitkan aktiviti seni. Ia umpama satu pakej yang memudahkan banyak mendatangkan manfaat. Sebagai contoh, jika MHE bertindak sebagai Pengurus Acara sesuatu acara berprestij, tawaran kita adalah bersama-sama dengan publisiti di dada akhbar dan berita atas talian yang menyeluruh.

n MHE sedang dalam perancangan menggerakkan saluran MHE Radio yang juga bergerak di landasan digital untuk lebih dekat dengan industri. Kita akan menjaga pelanggan MHE dengar menawarkan peluang promosi yang lebih meluas melalui pelbagai medium yang tidak ditawarkan oleh pesaing-pesaing di luar sana.

n IDEA penubuhan MHE diasaskan oleh Datuk Aziz Sheikh Fadzir pada sekitar Ogos 2018 dengan hasrat untuk menghimpunkan produk-produk berteraskan lifestyle & entertainment di bawah satu bumbung operasi.

n Idea itu kemudian dija­­ya­­kan oleh Datuk Sri Zaienal Abidin Omar yang juga merupakan individu ber­pengaruh dalam bidang seni dan hiburan di mana beliau sebelum ini adalah Pengasas dan Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia.

n MHE beroperasi dari Tingkat 10, Wisma TRAX, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Layari portal:

n www.mhetv.my

n youtube/mhetv.my

n facebook.com/mhetv.my

n instagram/mhetv.my