Menurut tuan empunya badan, kali pertama dia teringin ke pawagam adalah bersandarkan kepada minatnya terhadap teraju utama filem itu, Shaheizy Sam.

“Kali pertama, saya ibarat terpukau kerana filem itu tidak sama seperti yang digambarkan. Sangat wow! Biasanya sebelum ini, kalau hendak tengok filem Melayu di pawagam memang liat, susah sangat. Apatah lagi ramai yang beranggapan tidak berbaloi untuk buang duit nak tengok filem Melayu.

“Tetapi Polis Evo telah mengubah persepsi saya sehingga ada di kalangan rakan bukan Melayu bertanya sama ada filem itu seronok atau tidak untuk ditonton. Maknanya mereka juga ambil peduli akan karya ini,” jelasnya.

Pelajar jurusan perubatan di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya ini bukanlah penggemar filem Melayu.Tidak hairan, dia sendiri tidak ingat apa filem Melayu terakhir yang ditontonnya di pawagam.

“Saya memang bukanlah tegar sangat menonton filem Melayu. Filem Polis Evo telah ubah persepsi saya terhadap filem kita,” jelasnya yang mengeluarkan lebih RM 100 untuk menonton Polis Evo.

Jalan cerita dan kesan khas yang terdapat dalam filem itu sebenarnya menjadi daya tarikan penonton untuk hadir.

“Masa mula-mula saya ajak bapa untuk menonton, dia menolak. Akan tetapi selepas dia melihat hingga ke hujung cerita, reaksinya berbeza berbanding tanggapan awalnya,” katanya yang pernah menonton filem tersebut sebanyak dua kali dalam sehari.

Jumlah kutipan tertinggi filem tempatan

1. Polis Evo (Astro Shaw) 2015

Jumlah kutipan: RM 17.30 juta

2. The Journey (Astro Shaw) 2014

Jumlah kutipan: RM 17.16 juta

3. KL Gangster (Skop Production) 2011

Jumlah kutipan: RM 11.74 juta

4. Ombak Rindu (Astro Shaw) 2011

Jumlah kutipan: RM 10.90 juta

5. Hantu Bonceng (Excellent Pictures) 2011

Jumlah kutipan: RM 8.53 juta

6. Ngangkung (MIG Prduction) 2011

Jumlah kutipan: RM 8.18 juta

7. Kongsi (MIG Production) 2011

Jumlah kutipan: RM 8.09 juta

8. Khurafat: Perjanjian Syaitan (Skop Production) 2011

Jumlah kutipan: RM 8.08 juta

9. Hantu Kak Limah Balik Rumah (Tayangan Unggul) 2010

Jumlah Kutipan: RM 7.90 juta

10. Adnan Sempit (MIG Production) 2010

Jumlah Kutipan: RM 7.66 juta