Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Women Techmakers perkasa wanita dalam teknologi maklumat

SEBAHAGIAN daripada  wanita yang menyertai program Google Women Techmakers di Kuala Lumpur baru-baru
SEBAHAGIAN daripada wanita yang menyertai program Google Women Techmakers di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Akses sama rata yang diperolehi wanita negara ini dalam dunia pendidikan membuatkan penyertaan golongan tersebut dalam bidang teknologi maklumat (IT) bukan sesuatu yang asing.

Malah penyertaan dan sumbangan mereka cukup meluas sehingga mendorong Google Malaysia baru-baru ini menganjurkan program Google Women Techmakers bertujuan memperkasa dan mengiktiraf wanita dalam bidang teknologi.

Program sempena Hari Wanita Antarabangsa dengan kerjasama komuniti Women Techmakers Malaysia (WTM) Kuala Lumpur itu, dipenuhi dengan sesi ceramah yang penuh inspirasi oleh lapan ahli panel dari pelbagai bidang dan latar belakang.

Antara topik-topik yang dibincangkan ialah android, teknologi cloud, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, realiti maya, platform aplikasi firebase, antara muka dan pengalaman pengguna (user interface and user experience).

Acara tersebut turut menawarkan bengkel khas mereka permainan laman sesawang mini, di samping peluang untuk beramah mesra dengan rakan-rakan sebidang.

Penganjur utama WTM, Nazlina Quadir berkata, program tersebut menawarkan komuniti dan sumber untuk golongan wanita dalam teknologi.

Katanya, ia bertujuan memupuk kesedaran dalam diri setiap wanita yang terlibat dalam bidang teknologi bahawa adanya komuniti untuk mereka.

“Tujuan kami adalah untuk memperkasa wanita dalam industri yang dikuasai oleh golongan lelaki, dengan menyediakan sebuah komuniti di mana mereka boleh berkongsi sumber, menerima sumbangan kepada bidang tersebut, mengembangkan ekosistem sedia ada dan membantu golongan wanita untuk membantu diri mereka sendiri,” katanya.

Acara tahun ini berjaya menarik hampir 100 orang peserta, menjadikannya salah satu acara terbesar pernah dianjurkan oleh program tersebut di Kuala Lumpur.

Golongan pelajar membentuk 30 peratus daripada jumlah keseluruhan peserta, di mana separuh daripada mereka merupakan pelajar ijazah sarjana dalam jurusan Sains Komputer, sementara 10 peratus daripada peserta merupakan lelaki.

Hampir 80 peratus daripada keseluruhan peserta merupakan pendatang baru dalam bidang teknologi, dengan 19 orang daripada mereka tidak mempunyai pengalaman.

“Saya rasa berbesar hati untuk melihat komuniti kami berkembang.

“Tahun ini kami telah mengetengahkan ahli-ahli panel wanita yang kami temui menerusi acara WTM tahun-tahun lepas, di mana mereka hadir sebagai peserta.

“Saya rasa gembira melihat golongan wanita bekerjasama untuk membentuk sebuah saluran sumber buat setiap wanita dalam bidang teknologi,” tambahnya.

Semenjak penubuhan WTM Kuala Lumpur pada tahun 2015, ia telah melihat peningkatan dalam tahap kesedaran tentang sumber yang ditawarkan buat wanita tempatan dalam teknologi.

Pihaknya berharap untuk mengembangkan lagi tawaran acara-acara mereka dan bekerjasama dengan komuniti-komuniti teknologi wanita lain yang berada pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan