Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kemudahan berkenaan digunakan sepenuhnya anggota Pasukan Polis Marin (PPM) untuk menunaikan tanggungjawab tanpa perlu pergi ke pekan Semporna yang terletak kira-kira sejam perjalanan menaiki bot.

Kadar kutipan zakat fitrah pada tahun ini bagi Sabah kekal sebanyak RM7 melibatkan 37 penyelaras wakil amil dan 2,000 amil fitrah yang diberikan kad kuasa melaksanakan tanggungjawab mengutip zakat. - UTUSAN ONLINE