Pengiktirafan itu diberikan terhadap Pendakian Tangga Selama 24 jam Menara Kuala Lumpur pada tahun 2016 apabila Mohd. Noor mendaki tangga bangunan tersebut sebanyak 21 kali.

Satu lagi pengiktirafan adalah Pendakian Solo Dalam Himalaya 2017 yang menyaksikan Mohd. Noor menawan semua tujuh puncak Banjaran Himalaya yang berketinggian antara 5,000 meter (m) ke 6,000 m.

Dua sijil pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Ketua Editor Asia Book of Records, Dr. Biswaroop Roy Chowdhury dalam satu majlis bersama Program Kesedaran Diabetes di sebuah hotel di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE