Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Keadilan membawa keinsafan – Mohamad Zainal

M0HAMAD ZAINAL  ABDULLAH memeriksa perbarisan semasa Perhimpunan 4
M0HAMAD ZAINAL ABDULLAH memeriksa perbarisan semasa Perhimpunan Bulanan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah.

“Saya minta maaf sama Tuan Zainal kerana banyak menyusahkan dia.”

Meskipun sudah 11 tahun berlalu namun ungkapan yang tertulis di dinding lokap penjara itu masih kekal terpahat dalam ingatan Superintenden Mohamad Zainal Abdullah.

Nota itu ditulis suspek utama kes culik dan bunuh di Subang Jaya yang melibatkan seorang murid tahun satu sebelum dia bertindak menggantung diri dalam tempoh setahun kesnya disebut di mahkamah.

Menceritakan kembali detik tersebut, Mohamad Zainal yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Kanan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya tidak dapat melupakan peristiwa itu kerana nyawa seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun berakhir pada tangan abang iparnya sendiri.

Menurut beliau, apa yang lebih menyayat hati apabila mayat kanak-kanak itu ditemui dalam sebuah beg pakaian bersama beberapa botol air yang sengaja diletakkan sebagai pemberat sebelum dibuang ke dalam Sungai Sitiawan, Perak.

Katanya, mayat kanak-kanak malang itu ditemukan selepas tiga hari dibuang ke dalam sungai tersebut dan tersangkut pada ranting pokok kira-kira satu kilometer dari jambatan Sungai Sitiawan.

“Suspek yang bersubahat dengan teman wanita warga China itu pada mulanya cuba memperdaya pihak berkuasa dengan pergi ke beberapa lokasi seperti Pulau Pinang dan Perak sebelum kembali semula ke Subang Jaya.

“Tindakan itu bertujuan agar pihak polis tidak mengesyaki penglibatannya namun semua itu terbongkar menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan mangsa memang berada dalam kereta dipandu oleh lelaki itu,” katanya ketika ditemui Mega Wira di IPD Perak Tengah, Perak baru-baru ini.

Mohamad Zainal, 39, menambah, operasi mencari mangsa turut melibatkan bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Beg yang digunakan untuk mengisi mangsa itu merupakan beg pakaian yang sepatutnya digunakan dalam rancangan lelaki itu dan teman wanitanya untuk melarikan diri ke China setelah mendapat wang tebusan daripada bapa mertuanya.

“Bagaimanapun rancangan itu tidak berjaya dan dia akhirnya ditangkap sebelum menamatkan riwayat sendiri dengan cara menggantung diri,” katanya.

Mengakui berasa terkesan dengan peristiwa tersebut, bapa kepada tiga cahaya mata itu menyifatkan tindakan suspek adalah tidak wajar tambahan lagi mangsa yang merupakan anak bongsu.

“Mangsa adalah anak bongsu, anak kesayangan keluarga. Tidak sepatutnya dia menjadi mangsa dan diperlaku seperti itu. Sebagai bapa saya sedih melihat keadaan mayatnya,” ujar beliau.

Menceritakan pula latar belakangnya, anak kelahiran Lawas, Sarawak itu menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2002 sebagai Pegawai Kadet Asisten Superintenden dan memulakan tugas pertama sebagai pegawai penyiasat jenayah di IPD Petaling Jaya Selatan.

Beliau kemudiannya ditukarkan ke IPD Subang Jaya sebagai pegawai penyiasat kanan sebelum menjawat jawatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di IPD Kuantan dan Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut serta jawatan terkini sebagai Ketua Polis Daerah Perak Tengah.

Selain mempunyai pengalaman luas selama lebih 13 tahun di Jabatan Siasatan Jenayah, Mohamad Zainal turut cemerlang dalam pelajaran apabila memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Sosial masing-masing dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaya (UM).

Kecintaan beliau dalam bidang pendidikan terbukti apabila meneruskan pengajian pada peringkat sarjana seterusnya menggenggam Ijazah Sarjana Undang-undang dari UiTM dan Ijazah Sarjana Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Mengulas lebih lanjut tentang pengalamannya, Mohamad Zainal memberitahu, antara yang manis dan amat memberi makna kepadanya apabila seorang banduan kes culik yang disiasatnya memeluk Islam.

“Banduan itu beritahu saya ketika menghadiri perbicaraan dengan mengucapkan terima kasih kerana menangkap dan menuduhnya di mahkamah. Dia memberitahu yang dia kini beragama Islam,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan