BESUT 17 Mac - Lebih 300 pegawai dan anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) daerah Besut bersama ahli keluarga menyertai sambutan Hari Keluarga Warga PDRM daerah Besut di Pantai Bukit Keluang dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mereka berpeluang berkenalan dan bermesra dalam satu keluarga besar.
Bagi memeriahkan program pertemuan itu, diadakan sukaneka dengan pelbagai acara yang menarik penglibatan seluruh keluarga dan anggota.
Mohd Zamri turut serta bersama isterinya, Azini Mamat manakala Timbalan Ketau Polis Daerah, Deputi Superintendan Kamsani Hassan bersama isteri, Mas Merah Mokhtar.
Mohd Zamri berkata, program sempena sambutan Hari Polis anjuran Kelab Polis yang pertama kali diadakan itu akan dijadikan acara tahunan. - UTUSAN ONLINE