AZIM SULAIMAN
AZIM SULAIMAN

Program anjuran ber­­sama Utusan Malaysia, Utusan Online, Pejuang Hartanah dan CelikHartanah.com itu bermula pukul 9 pagi hingga 10.30 malam.

Seminar bersifat santai tersebut dikendalikan oleh usahawan hartanah, Ahyat Khalissabri Ishak yang berkongsi banyak teknik khas berkaitan jual, beli dan sewa hartanah yang boleh digunakan peserta untuk menceburkan diri dalam bidang yang semakin po­pular itu.

Antara ilmu yang dikongsi adalah mengenai teknik pemetaan hartanah, geografi hartanah, ma­tematik hartanah, masalah dan peluang dalam dunia harta­nah, mewujudkan ‘telaga duit’ melalui pembelian rumah serta pelbagai lagi ilmu untuk seseorang menjadi ‘Mogul’ hartanah.

Selain ilmu mengenai hartanah, Ahyat Khalissabri turut berkongsi cara pengurusan kewangan individu serta motivasi diri sebagai persiapan untuk menghadapi du­nia hartanah yang sangat mencabar.

Sementara itu, Penyelaras Pe­juang Hartanah, Azim Sulaiman berkata, seminar berkenaan me­rupakan penganjuran keempat pernah diadakan dan yang pertama untuk tahun ini.

“Apa yang istimewa kali ini adalah kita pertama kali bekerjasama dengan Utusan Malaysia yang dilihat mempunyai imej dan nama yang tidak asing lagi.

“Selepas ini, kita bercadang untuk menjelajah ke seluruh negara termasuk Johor, utara Semenanjung dan kembali ke Kuala Lumpur semula untuk meneruskan usaha memberi ilmu kepada anak-anak muda Melayu mengenai hartanah,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azim, peserta seminar Mega Pejuang Hartanah adalah majoriti anak-anak muda Me­layu berumur 20 hingga 40 tahun.

“Kebanyakan peserta merupakan pelajar universiti yang berminat dan ingin belajar me­ngenai pengurusan hartanah dan bagaimana untuk menjadikan hartanah sebagai punca pendapatan,” katanya.