Antara selebriti yang menjayakan program ini adalah Datuk Sri Siti Nurhaliza yang menawarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik, SimplySiti; Nora Danish dengan jenama fesyen, Owl dan kosmetik, OhMostWanted; Izara Aisyah produk solekan bibir Madame Izara; Elfira Loy jenama hijab EL; Heliza Helm menampilkan seleksi hijab Heliza Guzel Hive, dan Emma Maembong yang membariskan produk penjagaan kulit, EMBS.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, pihaknya melancarkan inisiatif tersebut apabila melihat adanya permintaan tinggi terhadap produk daripada jenama selebriti dan semakin ramai selebriti yang menjalankan perniagaan sendiri.

“Pengguna kami yang menentukan teras strategi Shopee dan kami akan terus berusaha mencari alternatif baharu untuk berhubung dengan mereka dengan memenuhi keperluan yang diingini.

“Dengan adanya Shopee Celebrity Squad, platform khas dalam aplikasi yang menghimpunkan pelbagai produk selebriti yang membolehkan pengguna membeli produk keluaran selebriti kesayangan mereka dengan potongan harga istimewa dengan hanya satu klik sahaja,” katanya dalam majlis pelancaran di Hotel Grand Hyatt baru-baru ini.

Menurutnya lagi, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan enam selebriti terkenal melalui platform e-dagang tanpa komisen yang menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara membolehkan mereka dapat mengembangkan lagi perniagaan dalam talian mereka.

Untuk masa akan datang, platform e-dagang tersebut mensasarkan untuk mengembangkannya dengan memperkenalkan barisan selebriti baharu pada setiap bulan.

Ia juga menampilkan pelbagai tawaran istimewa melalui aplikasi tersebut seperti kempen mingguan istimewa yang disertai oleh Siti Nurhaliza, yang melancarkan produk baharu, SimplySiti New Gold Edition.

Bagi memeriahkan lagi perayaan hari raya yang bakal tiba, platform e-dagang itu melancarkan kempen Cahaya Raya Shopee yang membolehkan pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM1.5 juta dengan menyertai permainan dalam aplikasi yang mengujakan.

Ia turut bekerjasama dengan Visa menerusi permainan Ketupat Raya yang berlangsung dari 3 Mei hingga 17 Jun yang menawarkan pengguna bertuah memiliki pelbagai hadiah termasuk sebuah rumah, kereta, peralatan elektrik dan sebagainya.

Pada 24 hingga 27 Mei ini, ia juga akan mengadakan jualan Upsize Shocking Sale yang dilancarkan sebanyak lima kali sehari serta tawaran baucar sepanjang kempen Beat the Clock Shopee.

Selain itu, kempen Campur-campur Bundle turut diadakan bagi membolehkan pengguna memilih sendiri padanan produk kegemaran mereka dengan menikmati potongan harga istimewa serta kempen Best of Cahaya Raya yang menawarkan potongan harga sehingga 90 peratus untuk pelbagai pilihan produk. - UTUSAN ONLINE