Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, acara larian anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu diadakan sempena Sambutan Hari Polis ke 211 yang akan diadakan pada 25 Mac ini.

Menurutnya, larian yang mendapat sambutan luar biasa itu bagi merebut hadiah terkumpul sebanyak RM72,600.

“Acara itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu larian sejauh lima kilometer, 10 kilometer dan 21 kilometer.

“Larian kali ini juga disertai peserta daripada pelbagai golongan serta peringkat umur,” katanya di sini hari ini.

Peserta dilepaskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. - UTUSAN ONLINE