Dalam video berdurasi dua minit dan 17 saat yang dimuat naik di You Tube itu, Suarez mencuba roti canai, sate, char kway teow, nasi lemak dan popiah.

Beliau ternyata menyukai sate, char kway teow, nasi lemak dan roti canai manakala popiah dikatakan terlalu pedas dan berempah.

Kontrak Luis Suarez bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berjalan selama setahun.

Beliau dipilih menjadi duta bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan, berdasarkan prestasi semasa kelabnya serta populariti pemain tersebut.

Pemain itu mempunyai lebih 25.3 juta pengikut di Instagram, 18.9 juta di akaun Facebook manakala 12.4 juta lagi pengikut di Twitter sekali gus dilihat berbaloi untuk melantik Suarez sebagai duta pelancongan negara.

Suarez juga akan berperanan untuk mengeluarkan kata-kata bagi mengajak pelancongan antarabangsa ke negara ini, terutamanya dari China yang dianggarkan berjumlah lebih 400 juta yang mengikuti Liga Sepanyol.-UTUSAN ONLINE