Video oleh BORHAN ABU SAMAH

Pengurus Kumpulan Hotel Avillion, Amirul Baharom berkata, dengan tempoh lebih sebulan lagi acara berlangsung iaitu pada 17 September, sasaran 1,500 peserta dijangka dapat dicapai.

Program kayuhan yang ditaja bersama Kumpulan DRB Hicom itu, katanya, turut mendapat penyertaan peserta antarabangsa yang setakat ini sebanyak 100 orang.

“Kategori kayuhan terbahagi kepada 25 kilometer, 90 kilometer dan 160 kilometer.

“Acara 90 kilometer paling mendapat sambutan,” kata Amirul selepas menyertai acara Pra Kayuhan ACCR 17 yang disertai oleh wakil-wakil penaja dan para jemputan.

Kayuhan bermula dari Hotel Avillion Port Dickson itu hingga ke Tanjung Agas dan berpatah balik ke hotel sama dengan jarak kira-kira 60 kilometer.

Walaupun kayuhan hari ini di dalam hujan, tetapi keseluruhannya berjalan lancar. - UTUSAN ONLINE