Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, perlaksanaan acara tahunan sejak 2014 itu kini memilih bandar besar di setiap negeri bagi penganjurannya dalam usaha mendekati masyarakat setempat.

"Sambutan untuk program Fit Malaysia dan usaha menjadikan Malaysia sebagai negara bersukan semakin diterima dan disokong oleh masyarakat tidak kira di bandar atau luar bandar.

"Justeru kita memilih bandar-bandar besar bagi menjalankan program ini yang dilihat sesuai untuk semua peringkat bagi menggalakkan mereka ke arah menjalani kehidupan yang sihat," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Fit Malaysia peringkat negeri, dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Zaifulbahri Idris. - UTUSAN ONLINE

Video oleh ABD. RAZAK AID