SLUG GAMBAR: GADIS_S2KUCHING 18 JULAI, 2018 -- Elvira Atashi Edakson, 25.GAMBAR/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIAWARTAWAN UTUSAN/ MD. AZRIN ROSLY

Bagi Elvira Atashi Edakson, 25, atau lebih dikenali sebagai Vee, perkara tersebut penting untuknya menjadi seorang pramugari dalam berdepan dengan penumpang.

Memiliki ketinggian 159 sentimeter, Vee meminati kerjaya sebagai pramugari sejak zaman sekolah lagi.

“Saya sangat berminat untuk menjadi pramugari dan bersyukur berjaya melepasi temuduga pada awal tahun ini.

“Pengalaman menyertai pertandingan ratu cantik sedikit sebanyak membantu saya dari segi penampilan diri, cara bercakap, menjawab soalan dan lain-lain lagi,” kata gadis berketurunan Bidayuh itu kepada S2.

Tambahnya, meskipun masih baharu, dia bersyukur mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada senior untuk menjadi pramugari yang mampu menjalankan tugas dengan baik.

Menggemari makanan coselaw dan jus epal, Vee memberitahu cabaran utama pramugari adalah mereka sentiasa bertemu dengan ramai orang yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah.

Bagaimanapun, ujarnya, keseronokan bertugas turut dirasai apabila dapat bertemu dengan ramai orang dari pelbagai tempat, budaya dan bangsa.

Vee bersyukur menerima sokongan ibu bapa dan keluarga untuk merealisasikan impiannya menjadi seorang pramugari.