Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

TIDAK TERBURU-BURU SOAL ANAK

 2

MENYUSURI kehidupan berumah tangga bersama Nazim Othman sejak lapan bulan lalu, Bella Dally nyata hidup bahagia sebagai seorang isteri. Sudah pasti, banyak perubahan dialami terhadap hidup pelakon berdarah kacukan ini.

Ditemui sempena majlis pelancaran jenama hijab baharu, Ariani Luxe di Jakel Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini, Bella berkongsi cerita tentang kehidupan selepas bergelar isteri orang. Katanya, Nazim seorang suami yang cukup prihatin dan bertanggungjawab.

“Dia (Nazim) tidak pernah menghalang kerjaya seni saya malahan memberi sokongan untuk saya terus bekerja. Tetapi, sebagai seorang isteri, saya perlu peka dalam menjaga batasan ketika berlakon.

“Pada masa sama, Nazim seorang suami yang ingin melihat saya berjaya sebagai pelakon dan isteri. Dia sentiasa mencabar saya untuk membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan menjadi insan lebih baik,” katanya kepada S2.

Dan pastinya, menjadi impian setiap pasangan suami isteri menimang cahaya mata sendiri untuk menyerikan lagi kehidupan rumah tangga. Namun bagi Bella, dia tidak terburu-buru untuk memiliki anak dan menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan ilahi.

“Saya tidak tertekan, begitu juga suami. Ramai yang membuat andaian lebih-lebih lagi apabila saya berkongsi gambar-gambar terkini di Instagram. Saya tidak ambil pusing andaian mereka, tetapi saya amin kan doa-doa baik daripada peminat,” katanya lagi.

Dipilih sekian kalinya sebagai duta bagi jenama Ariani menandakan rezeki pelakon jelita kelahiran Sabah ini terus bertambah selepas berkahwin. Bella mengakui cukup senang bekerjasama dengan jenama hijab nombor satu dalam negara.

“Saya berbangga dan cukup bersyukur apabila dipilih sekali lagi sebagai duta bagi jenama ini. Mereka bagaikan keluarga buat saya dan kerana itu saya tidak menolak untuk bekerjasama dengan Ariani.

“Secara tidak langsung, dengan peluang ini saya dapat gunakan sebaik mungkin untuk menyebar luas mesej positif tentang hijab kepada wanita di luar sana. Saya ingin mereka tahu, dengan berhijab, seseorang itu masih boleh kelihatan bergaya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Bella menolak pandangan mengatakan dengan berhijab, tawaran lakonan untuknya bakal berkurang. Katanya di berpegang pada rezeki dan akan terus mencari peluang dalam industri.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan