Sepasang telekung yang cantik mungkin sudah memadai buat si ibu sebagai ‘pakaian’ ketika solat.

Seorang ibu tidak pernah meminta apa-apa daripada anaknya, namun hatinya pasti berbunga gembira menerima sepasang telekung The MotherQueen Collection yang selesa dan cantik.

Telekung edisi terhad oleh Royal by Sempurna KL, dikeluarkan sebagai menghargai wanita yang paling agung dalam hidup seseorang, iaitu ibu.

Pemiliknya, Dhiya Dhamirah Abdul Rahim, 29, berkata, sengaja menamakan koleksi telekung ini sebagai Mother Queen kerana ibu inspirasi terbaik untuk anak.

Bagaimanapun, pemberian telekung tidak khusus kepada ibu sahaja, malah boleh dihadiahkan kepada ibu mertua, isteri, kakak, adik, kawan dan sesiapa sahaja.

“Kadang-kadang kita tidak tahu apa hadiah yang hendak diberikan kepada ibu. Telekung adalah hadiah yang paling diingati dan sangat mulia.

“Sudah semestinya ibu gembira menerima pemberian ini kerana telekung dipakai untuk beribadah dan nilai pemberian ini sangat tinggi berbanding hadiah-hadiah lain.

“Telekung ini juga boleh dijadikan hadiah kepada mereka yang hendak menunaikan ibadah haji dan umrah,” kata Dhiya yang menggayakan sendiri telekung koleksinya.

Tambahnya, telekung tersebut dibuat eksklusif dengan lapan warna menarik yang nampak mewah, iaitu Majestic Mulberry, Sky, Peppermint, Milktea, Grey Owl, Peachy, Pink Dew dan Sweet Lilac.

Setakat ini, Majestic Mulberry mendapat sambutan di luar jangkaan, selain tujuh lagi warna tambahan terdiri daripada warna-warna lembut yang sudah pasti memikat hati semua golongan umur wanita.

Menggunakan jenis kain kapas Mesir premium bersulam yang lembut dan tidak panas, antara kelebihan telekung ini tidak jarang dan tidak melekat pada tubuh.

Sulaman dijahit pada bahagian dahi membuatkan pemakai berasa selesa dan kemas serta tidak bimbang rambut terkeluar.

Bahagian dalam telekung dijahit kain lapisan bagi memastikan keseluruhan aurat terpelihara. Paling menarik, setiap pasang telekung disediakan dalam beg tersendiri.

Majestic Mulberry dijual pada harga RM280 sementara warna-warna yang lain berharga RM260.

Ingin mengetahui lebih lanjut Facebook, royalbysempurnakl.