Jadi bagi membantu mewujudkan bilik mandi idaman yang bersih dan selesa ala hotel yang berbintang, di sini terdapat banyak pilihan untuk pengguna.

1. Jika bilik mandi agak sempit, cuba letak rak di sisi kanan dan kiri bagi mudah meletakkan segala peralatan. Selain ruang kelihatan lebih luas, bilik mandi akan nampak kemas, rapi dan elegan. Cuba juga tambahkan rak panjang dengan banyak ruang dan lihatlah perbezaannya.

2. Jika mempunyai dana lebih, cuba tambahkan sinki untuk meringkaskan penggunaan tempat.

3. Bilik mandi kecil boleh jadi lebih ringkas dengan adanya meja serbaguna. Sebenarnya bilik mandi tidak memerlukan ruang luas untuk menjadi lebih selesa. Penataan yang lebih praktikal dan memanfaatkan meja sebagai perabut utama boleh menghilangkan kesan sempit pada bilik mandi.

4. Almari mampu meringkas segala peralatan.

5. Jika mahu memasang shower, penataan seperti ini dirasa paling tepat dan fleksibel.

6. Bahkan, di ruang yang tidak cukup luas, kamu tetap boleh menggunakan bathup. Asalkan susun aturnya sesuai.

Mungkin bilik mandi ini boleh dijadikan contoh yang baik. Sebab, dalam ruang yang tidak begitu luas pun tetap boleh meletakkan bathup.

7. Kamu tidak perlu ragu untuk memainkan warna di bilik mandimu. Warna hijau atau kuning boleh jadi pilihan.

8. Jika ingin bilik mandi kelihatan segar dan bersih, pakai saja cat warna putih!

Kalau ingin bilik mandi kelihatan selalu segar dan bersih, pilihan nuansa putih dengan sedikit goresan coklat rasanya layak jadi pilihan. Agar ada nuansa yang tetap berwarna, lantai bermotif juga boleh digunakan!

9. Dengan menambahkan lampu remang-remang, bilik mandi sempit akan kelihatan lebih ringkas dan minimalis.

10. Kalau singgah ke pasar raya, boleh cuba membeli beberapa tempat sabun, sabun dan syampu yang unik dan comel. Dijamin, kamu bakal lebih rajin mandi!

Selamat mencipta bilik mandi idaman yang bukan saja bagus, tapi nyaman dan selesa! Ingat, setiap hari kamu perlu masuk berulang kali ke sana, jadi buatlah bilik mandi yang terbaik!