Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sharmila impi bina empayar perniagaan

 2

Masakan Melayu bukan sahaja diminati masyarakat Malaysia malah diterima sebagai antara masakan yang lazat oleh pelancong dari negara asing.

Menurut Gadis S2 kali ini, Sharmila Atika Nor Zaini, 23, dia bukan sahaja berminat untuk belajar dalam bidang akademik tetapi juga mendalami ilmu memasak makanan tradisional daripada ibu dan neneknya.

“Saya amat suka memasak makanan tradisi kita seperti masakan gulai tempoyak, asam pedas termasuk mempelajari cara-cara membuat kuih tradisional pelbagai jenis.

“Saya juga sering melakukan eksperimen dengan memasak masakan tersebut dan yang menjadi ‘mangsa’ untuk merasa ialah keluarga saya.

“Bagi saya, golongan wanita walaupun hidup serba-serbi moden tetap mempunyai tanggungjawab memasak untuk keluarga apabila sampai masanya nanti,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sharmila yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Korporat Universiti Industri Selangor berkata, dia juga bercita-cita membina empayar perniagaan dalam talian yang fokus kepada penyediaan makanan tradisi orang Melayu seperti nasi lemak yang diminati semua bangsa.

“Bidang perniagaan menjanjikan keuntungan besar kepada usahawan yang mempunyai produk makanan yang kreatif dan inovatif.

“Saya sudah memulakan perniagaan menjual kuih popia besar di dalam talian secara kecil-kecilan.

“Bagi saya peluang berniaga sama ada secara terus dan maya perlu diambil oleh generasi muda bagi membolehkan mereka mengembangkan bakat keusahawan,” ujarnya yang turut menjadi model fesyen muslimah itu.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan