Ini kerana Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa menyediakan pelbagai jenis masakan yang rata-ratanya boleh dinikmati sesiapa sahaja.

Bahkan, rata-rata restoran di negara ini turut menyajikan masakan negara-negara lain selain makanan tempatan yang menyelerakan.

Bagi yang ingin mencuba pelbagai menu tempatan dan antarabangsa bolehlah singgah di Coffee House yang terletak di aras sembilan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.

Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan Barat, Asia dan Asia Barat yang menarik dan tersendiri. Bukan sahaja menghidangkan pelbagai menu, restoran ini juga mempunyai persekitaran tenang dan selesa. Lazimnya, ia boleh memuatkan sehingga 300 tetamu makan pada satu-satu masa.

Restoran ini menghidangkan bufet sarapan pagi harian, ala carte untuk makan tengah hari dan makan malam (harian) dan pelbagai set menu (makan tengah hari setiap hari).

Antara menu yang menjadi tarikan di restoran ini ialah mi kantonis udang galah, nasi lemak gunung berapi, char kway teow Penang, mi goreng ‘ gaya mamak’, ayam chop, burger buatan sendiri klasik (pilihan ayam atau daging lembu), nasi ayam Hainanese (RM29 bersih) dan spageti aglio olio dengan udang.

Di samping itu, terdapat juga set menu makan tengah hari untuk setiap set menarik (harian makan tengah hari mulai pukul 12 tengah hari hingga 2.30 petang).

Bagi setiap menu yang ditetapkan, pelanggan boleh memilih salah satu hidangan utama dan menikmati pencuci mulut dengan secawan teh atau kopi.

Selain itu, Coffee House turut menyajikan hidangan istimewa yang pedas dan lazat iaitu kari kepala ikan serendah RM39.90. Menu istimewa ini disediakan oleh Eksekutif Chef Rossham Rusli. Menariknya satu hidangan kari kepala ikan disediakan bersama dua nasi putih kukus.

Tidak ketinggalan, terdapat hidangan pencuci mulut yang sempurna termasuk jeli oren dan laici, kek coklat, ais kacang dan buah-buahan campuran.

Chef Rossham mempunyai 28 tahun pengalaman dalam bidang masakan dan telah mengembangkan kerjaya beliau di pelbagai restoran terkenal dan hotel bertaraf lima bintang di seluruh dunia termasuk New York, London, Malaysia, Thailand, Singapura, Jepun dan Jerman.

Beliau telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk sebagai Ketua Chef dan pensyarah di Universiti Hospitaliti Berjaya. Masakan beliau juga terkenal dengan sentuhan klasik dan pengaruh moden yang lebih cenderung kepada gaya kedesaan Barat dan Asia.

Buka, tuang dan hidang. begitulah mudahnya penyediaan sambal acar ikan masin daripada Achey Foods. Orang Melayu dan sambal belacan memang tidak boleh dipisahkan malah ada yang tidak berselera makan jika tidak ada sambal belacan.

Penambah selera turun-temurun ini yang mudah dibuat dan murah belanjanya sememangnya membuka selera apabila dicecah dengan ikan goreng, ikan bakar, ulam-ulaman seperti jering, petai, pucuk ubi rebus, bendi rebus dan sebagainya.

Nostalgia kepada sambal belacan nenek jugalah yang membuka jalan kepada Azeril Zolle untuk membuat sambal ini sendiri seterusnya menjadi satu perniagaan yang menguntungkan.

Azeril komited dalam meneruskan warisan masakan tempatan yang tiada tandingannya. Menggunakan hanya bahan semula jadi dan segar dengan tiada pengawet dan rasa yg lazat, Achey Foods menjanjikan kesedapan yang tak terhingga.

‘’Idea ini timbul kira-kira dua tahun lalu pada Ramadan ketika kita berpuasa. Saya menyuruh kawan-kawan mencuba dan tak sangka mereka pun suka. Daripada situlah timbul minat saya untuk menjual sambal ini,’’ katanya.

Beliau berkata, resipi asal arwah neneknya diperbaharui bagi disesuaikan dengan selera sekarang. Semua bahan tersebut akan disukat setiap kali membuat sambal ini agar rasanya sentiasa konsisten dan tidak berubah. Untuk maklumat lanjut tentang sambal acar ikan masin ini boleh layari laman sesawang www.acheyfoods.com atau telefon 012-3555443.